Wednesday, February 27, 2008

Rahsia bagaimana RM100 menjadi Jutawan

Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia orang kaya yang mungkin anda sudah tahu tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30 tahun akan datang, masanya untuk kita mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana mereka mengandakan wang mereka tanpa perlu berpeluh...

Melalui SIMPANAN!
Simpanan bermaksud anda menyimpan wang diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan??

Tahukah anda masa adalah musuh utama kerana ianya bakal menentukan samada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika anda bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus,anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur 55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai 65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

Public Mutual emerged as the biggest winner for the 5th consecutive year at The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2008

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual muncul sebagai pemenang Anugerah Dana Malaysia The Edge Lipper 2008 dengan memenangi lapan daripada 20 anugerah, termasuk anugerah berprestij Kumpulan Ekuiti terbaik bagi kategori tiga tahun.

Ia merupakan kemenangan bagi tahun kelima berturut-turut.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, kejayaan itu disebabkan oleh keberkesanan strategi pelaburannya.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekurit Datuk Zarinah Anwar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong dan ahli pasukan pelaburannya pada majlis penyampaian anugerah itu, yang diadakan di sini hari ini.

Antara anugerah dimenangi Public Mutual ialah Anugerah Kumpulan Ekuiti Terbaik (3 tahun), PB Dana Fixed Income pula memenangi Anugerah Bon Ringgit Malaysia (5 Tahun), manakala PB Dana Growth menerima Anugerah Dana Ekuiti Malaysia Terbaik (5 Tahun) dan Public Dana Ittikal memenangi Anugerah Dana Ekuiti Malaysia Terbaik (5 dan 10 tahun).

Friday, February 22, 2008

FAQ Unit Amanah

Apakah unit amanah?

Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang akan melabur wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Apakah kelebihannya melabur dalam unit amanah?

Kepelbagaian Pelaburan

Pelabur dalam saham amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.

Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.

Pengurusan Profesional sepenuh masa

Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Tahap kecairan yang tinggi

Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.

Pertumbuhan modal

Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal.

Adakah saya ‘diberi jaminan’ akan menerima pengagihan pendapatan?

Pada umumnya pengagihan pendapatan adalah tertakluk kepada prestasi tabung tersebut. Pengagihan pendapatan yang dibayar kepada pemegang unit adalah berpunca dari pendapatan pelaburan dari semasa ke semasa mengikut pasaran. Jika tabung tersebut hanya memperoleh keuntungan yang sedikit atau tiada langsung keuntungan, pengagihan pendapatan tidak akan dibuat. Oleh itu, pengagihan tidak dijamin

Bagaimanakah menentukan jenis dana yang sesuai untuk saya?

Sebagai seorang pelabur, anda perlu mengambil kira faktor berikut :

Apakah objektif atau matlamat pelaburan anda
Beberapa matlamat biasa termasuk simpanan untuk pendidikan anak-anak, mengekalkan modal dan perolehan pendapatan buat masa kini.

Berapa lamakan anda bercadang untuk melabur?
Pada amnya, semakin lama tempoh pelaburan, semakin cerah peluang anda mendapat pulangan yang lebih baik.

Apakah jenis pulangan yang anda harapkan?
Melalui pengagihan pendapatan atau melalui kenaikan nilai modal.

Berapa tinggikah risiko yang sanggup anda terima ?
Lebih tinggi risiko lebih tinggi pulangan.

Apakah risiko-risiko melabur dalam unit amanah?

Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut :

Risiko Pasaran
Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di BSKL.

Pulangan Pendapatan
Pulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.

Risiko pembiayaan pinjaman
Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:

Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian
Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman.

Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga.

Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat prestasi dan harga dana-dana unit amanah?

Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut di akhbar-akhbar utama (The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia) atau majalah kewangan (Smart Investor, The Edge). Anda juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web http://www.publicmutual.com.my

 
-