Thursday, December 18, 2008

Cinta 3 segi @ Perangkap cinta

Lagu nie memang layan dan tangkap syahdu kalau korang dengar versi asalnya.. disebalik lagu nie ada alkisah yang mungkin korang ketahui ataupun tidak dimana lagu ini merupakan kisah seorang banduan yang akan menjalani hukuman gantung sampai mati kerana membunuh bekas kekasih tunangnya dan tunangnya sendiri.. HAZWAN adalah seorang lelaki yang disabitkan hukuman gantung kerana membunuh.. ini semua adalah gara-gara cinta 3 segi dan mangsa dusta cinta.. ia berlaku dimana seminggu sebelum perkahwinannya, bekas kekasih lama tunangnya ingin menuntut kembali ke sisinya.. mungkin sebab cinta dulu-dulu masih ada dalam lubuk hati, tunangnya pilih kembali kepada kekasih lama.. oleh kerana itu dia bersifat aggresif dan membunuh kedua-duanya.. mungkin masa tu dia dah tak boleh fikir waras dah.. sebab dah sayang sangat kat tunang dia..

lagu ini mula dirakamkan oleh HAZWAN sebagai permintaan terakhirnya sebelum dihukum gantung dan meminta supaya disebarkan sebagai pengajaran.. selepas tu SALEM (iklim) mula merakamkan kembali lagu nie dan seterusnya dirakamkan oleh KRISTAL dalam versi rock.. versi asal memang mendayu-dayu la.. tapi aku minat versi KRISTAL nie... semua sumber nie bukan rekaan aku semata-mata tapi adalah berdasarkan pengetahuan aku yg mana aku kutip faktanya dari internet gak.. wallahualam.. jika benar cerita ini kita hadiah AL-FATIHAH untuk HAZWAN.. jika dusta, kita amik pengajarannya..

Lirik: CINTA TIGA SEGI

Bertahun sudahku
Menunggu dirimu
Sukarnya untukku
Melupakanmu

Kerana kau
Ku cintai selalu
Tapi sayang
Kehadiran kekasih lamamu

Datang kembali
Mengenang cinta dahulu
Mangapa ini semua
Harus berlaku

Apakah ini semua
Kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak
Dalam percintaan

Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat
Terperangkap ditengah lautan

Tak tahu mana arah
Untuk kau menuju

Andai kau pinta
Untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan

Mungkinkah ini
Suatu pengajaran
Didalam percintaan


Mari kita layan karaoke lagu nie versi kristal..

 
-