Wednesday, January 6, 2010
Monday, November 16, 2009
Pandangan Politik Peribadi
Salam pembaca setia Baein,
Hari ini saya ingin menyatakan pendapat peribadi tentang apa yg berlaku dalam arena politik sekarang dan ia adalah pandangan peribadi semata-mata menurut pandangan rakyat biasa seperti saya.Anwar Ibrahim - berpolitik untuk diri sendiri. Dulu UMNO buang dia, sekarang tubuh parti baru lawan UMNO plak. Kes liwat tu adalah mainan politik. Tak sesuai jadi PM.
Hadi Awang - Pemimpin tinggi PAS yang bodoh. Tak pandai teraju parti PAS. Nama ja Presiden tapi .... Nik Aziz - Pemimpin PAS yg dikagumi dengan idea dan pendapat. Tapi UMNO putar belit balik cakap dia.
Najib - Ikut cakap bini. Rosmah lebih expose dalam mentadbir negara dari dia. Semua keputusan ada bayang2 Rosmah. Banyak keputuan akhir2 ini menyusahkan rakyat kelas bawahan dan untungkan kelas atasan.Pak Lah - PM yang menyusahkan rakyat. PM yg bodoh. Membuat banyak keputusan kerajaan yg bodoh.
Mahathir - PM yg baik dari segi ekonomi dan sosial. Pandai putar belit. Idea dia jauh ke depan. Soal agama plak ambil remeh.
Muhidin Yasin - Masih menjadi anjing suruhan Najib. Belum tiba masa untuk menunjukkan kepimpinan.
Karpal Sigh - Celaka ni betul2 lantang dalam soal perkauman. Bila la dia nak mati nie??
Lim Kit Siang - Yg ni pun celaka dalam perkauman. Tapi cara dia memang halus.UMNO - sekarang dah tak relevan untuk org Melayu. Tiada pemimpin berkaliber. Amalan rasuah adalah perkara biasa. Hanya sesuai untuk rakyat kelas atasan. Projek banyak, Rasuah lagi banyak.
PAS - Parti yg kuat di kalangan PEMBANGKANG. Mempunyai pemimpin muda yg lebih universal yg memudaratkan parti.PKR - boleh dikatakan parti UMNO berhaluan kiri. Rata2 pemimpin dan ahlinya adalah bekas UMNO.
DAP - parti yg PERKAUMAN. Penghapus hak bumiputra. Ekstrem soal perkauman. India dan Cina cukup suka la.
MCA - parti cina yg buat duit senyap2. Depa nie kira projek tak berhenti2.
MIC - Dulu boneka mahathir dlm memenangi hati kaum India. Sekarang memang hampeh la selagi ada Samy Vellu.
Pandangan ini adalah dari sudut mata aku dikalangan rakyat biasa yg sentiasa dipermainkan oleh pemimpin parti politik Malaysia yg kotor.
Labels: Macam-macam
Wednesday, September 16, 2009
Sunday, September 13, 2009
Salam Aidilfitri - Open House, Satay Time
Salam adilfitri pembaca setia Baein..Bersempena aidilfitri ni aku teringin nak buat rumah terbuka memandangkan dah ada keluarga dan rumah sendiri. So antara menu favorite untuk open house aku tentulah Satay. Tahun nie aku nak buat satay sendiri. Kalau beli mahal dan tak tentu lagi sedap. Buat sendiri lagi jimat. Dulu penah buat satay sekali tapi lupa dah resepi. Selepas google2 aku jumpa resepi dan aku edit skit resepi tu mengikut pengalaman dan citarasa aku.
Bahan-Bahan:
Isi ayam
Serai
Halia
Lengkuas
Kunyit
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk lada putih
Serbuk kulit kayu manis
Ketumbar
Bawang merah
Garam
Gula merah
Cara-caranya:Sukatan bahan tu hangpa belasah jer. Tapi agak2 la. Sekarang blender semua bahan tadi smp agak halus. Pastu gaul dengan isi ayam yg dah hgpa potong ikut saiz sukahati tu. Lepas cucuk dengan lidi, simpan dalam peti sejuk. Peram minima 6 jam. Pastu bakar sampai kekuningan. Jangan sampai hitam, tu kompom hangit dah tu. Macam gambar tu pun ok gak. Lastly hidang dgn kuah kacang, nasi himpit, bawang besar, dan timun. Jangan lupa plak air sirap.
Labels: Macam-macam
Sunday, July 5, 2009
Tayar Pancit Di Jambatan Penang
Berititik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan.
Sila Hebahkan.
Labels: Macam-macam, News
Monday, May 25, 2009
Bir Halal?
Baru-baru ni kita di Malaysia diperkenalkan dengan BIR HALAL di pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009. Apa yg menghairankan aku adalah bila dah nama bir confirm la ada alkohol. Kalau tak ada alkohol tu bukan bir namanya. Lebih baik jangan guna nama bir. Guna je nama air buah ka, jus ka, air bergas ka atau apa2 aja. Tapi RUT BIR mcm mn plak. hmmm.. Nanti ramai orang Islam kat Malaysia ni keliru. Pasti ada yg melenting dan tak setuju. Setahu aku kalau air kosong jika kita anggap arak hukumnya haram dan berdosa bila kita minum. Tu ustaz aku ajar masa kat sekolah dulu la. Kalau salah tolong betulkan aku.
Bir yg depa kata halal tu jenamanya ISTAK didatangkan dr IRAN. Ada yg kata rasa mcm bir tp tak mabuk. Mcm-mcm org perkatakan tentang bir ni. Tp yg pasti ini akan jd 1 trend baru masyarakat kita nanti. Mcm zaman org duk sibuk minum tongkat ali, abu dan sebagainya.. Untuk pengetahuan bir Istak ni didatangkan dengan 10 warna yang mewakili perisa minuman malt yang berbeza. Minuman ini telah memperoleh sijil halal daripada kerajaan Iran sejak 10 tahun lalu dan seperti mana kita tahu republik Islam itu mempunyai syarat halal dan taibah yang ketat termasuk melibatkan produk untuk dieskport. Itu kata Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB).
Bir itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.
Tinggalkan komen anda!
Labels: Macam-macam, News
Wednesday, January 28, 2009
We all need to become millionaires
PERSONAL INVESTING
By OOI KOK HWA
One must have cash reserves of about RM1mil to be able to maintain one’s current lifestyle 20 years after retirement. WE need to become millionaires when we retire! A lot of people have misconceptions about being millionaires. To them, being a millionaire means they should own total assets – by adding up their total cash, house, Employees’ Provident Fund (EPF) contribution and car – that are worth RM1mil and above.
They believe that once they achieve one million cash, they should enjoy themselves by driving big luxury cars and staying in bungalows. In reality, all of us need to become millionaires when we retire at age 55. Based on our computation, we need to own total cash, including all money in savings, fixed deposits and EPF, which have total value of more than RM1mil.
The key principle here is we need to have cash reserves of more than RM1mil to be able to maintain our current lifestyle 20 years after retirement from age 55 to age 75. This is on the assumption that we can live up to 75 (the average lifespan of Malaysians).
Based on our computation (see table), if you are now 35 years old and your current monthly expenses are RM3,000 per month, assuming you are only able to generate a return of 3% (the return from fixed deposits) on all of your savings and the RM3,000 will grow by the average historical inflation rate of 3.5% per annum, you would need RM1.6mil when you retire at age 55.This amount will be enough to maintain your current lifestyle for the next 20 years after your retirement at 55. However, if you need to spend RM5,000, RM7,000 or RM10,000 per month, then you need RM2.6mil, RM3.7mil and RM5.3mil respectively at your retirement age of 55.
In short, you need to become a millionaire when you retire even if you only maintain a simple lifestyle after your retirement. You will not be able to use this money to buy a big luxury car or a bungalow, as you really need the money for the next 20 years.
Thomas J. Stanley and William D. Danko have conducted research on the reasons why some Americans become wealthy. They discovered that a lot of them live well below their means.Unfortunately, we notice that some Malaysians do not have enough money when they retire. Some of them may not be aware that they really need to accumulate that amount of money when they retire. Some may be aware, but they may have used up all their savings to support their children’s education. As a result, they need to find a job after retirement. Some may have difficulties finding a job. A lot of companies may prefer to employ a young graduate rather than a retiree unless the latter is willing to accept a lower pay.
We also believe that a lot of investors are quite worried about having enough money for retirement. They are also concerned that their money may not be enough to protect them against inflation. Hence, besides controlling our expenses, we also need to know how to grow our money.
Looking at the table, different minimum achievable annual target returns can provide different required amounts for retirement.For the current monthly expenses of RM3,000, if you are only able to generate a 3% return per annum, then you need to have RM1.6mil for retirement whereas you only need about RM900,000 if you are able to generate a return of 10%.
However, higher returns come with higher risks. We need to understand our risk tolerance level. We need to equip ourselves with adequate investing knowledge if we intend to generate higher returns.
Labels: Macam-macam, Motivation
Sunday, January 18, 2009
Boikot dan Terus Boikot
Pastikan anda menjalankan kewajipan anda sebagai Islam dan terus memperjuangkan Islam dan Palestine dengan memboikot barang-banrang Israel dan Amerika. Sedekahkan Al-Fatihah untuk pejuang mati syahid kita di Palestine. Amin.
Labels: Macam-macam, News
Thursday, December 18, 2008
Cinta 3 segi @ Perangkap cinta
Lagu nie memang layan dan tangkap syahdu kalau korang dengar versi asalnya.. disebalik lagu nie ada alkisah yang mungkin korang ketahui ataupun tidak dimana lagu ini merupakan kisah seorang banduan yang akan menjalani hukuman gantung sampai mati kerana membunuh bekas kekasih tunangnya dan tunangnya sendiri.. HAZWAN adalah seorang lelaki yang disabitkan hukuman gantung kerana membunuh.. ini semua adalah gara-gara cinta 3 segi dan mangsa dusta cinta.. ia berlaku dimana seminggu sebelum perkahwinannya, bekas kekasih lama tunangnya ingin menuntut kembali ke sisinya.. mungkin sebab cinta dulu-dulu masih ada dalam lubuk hati, tunangnya pilih kembali kepada kekasih lama.. oleh kerana itu dia bersifat aggresif dan membunuh kedua-duanya.. mungkin masa tu dia dah tak boleh fikir waras dah.. sebab dah sayang sangat kat tunang dia..
lagu ini mula dirakamkan oleh HAZWAN sebagai permintaan terakhirnya sebelum dihukum gantung dan meminta supaya disebarkan sebagai pengajaran.. selepas tu SALEM (iklim) mula merakamkan kembali
lagu nie dan seterusnya dirakamkan oleh KRISTAL dalam versi rock.. versi asal memang mendayu-dayu la.. tapi aku minat versi KRISTAL nie... semua sumber nie bukan rekaan aku semata-mata tapi adalah berdasarkan pengetahuan aku yg mana aku kutip faktanya dari internet gak.. wallahualam.. jika benar cerita ini kita hadiah AL-FATIHAH untuk HAZWAN.. jika dusta, kita amik pengajarannya..
Lirik: CINTA TIGA SEGI
Bertahun sudahku
Menunggu dirimu
Sukarnya untukku
Melupakanmu
Kerana kau
Ku cintai selalu
Tapi sayang
Kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali
Mengenang cinta dahulu
Mangapa ini semua
Harus berlaku
Apakah ini semua
Kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak
Dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat
Terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah
Untuk kau menuju
Andai kau pinta
Untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini
Suatu pengajaran
Didalam percintaan
Mari kita layan karaoke lagu nie versi kristal..
Labels: Macam-macam, Motivation
Wednesday, August 27, 2008
Tuesday, August 26, 2008
sekitar p.44








Labels: Macam-macam
Monday, August 18, 2008
Recession: What Does It Mean To Investors?
When the economy heads into a tailspin, you may hear news reports of dropping housing starts, increased jobless claims and shrinking economic output. How does this affect us as investors? What do house building and shrinking output have to do with your portfolio? As you'll discover, these indicators are part of a larger picture, which determines the strength of the economy and whether we are in a period of recession or expansion.
The Phases of the Business Cycle
In order to determine the current state of the economy, we first need to take a good look at the business cycle as a whole. Generally, the business cycle is made up of four different periods of activity extended over several years. These phases can differ substantially in duration, but are all closely intertwined in the overall economy.
Peak - This is not the beginning of the business cycle, but this is where we'll start. At its peak, the economy is running at full steam. Employment is at or near maximum levels, gross domestic product (GDP) output is at its upper limit (implying that there is very little waste occurring) and income levels are increasing. In this period, prices tend to increase due to inflation; however, most businesses and investors are having an enjoyable and prosperous time.
Recession - The old adage "what goes up must come down" applies perfectly here. After experiencing a great deal of growth and success, income and employment begin to decline. As our wages and the prices of goods in the economy are inflexible to change, they will most likely remain near the same level as in the peak period unless the recession is prolonged. The result of these factors is negative growth in the economy.
Trough - Also sometimes referred to as a depression, depending upon the duration of the trough, this is the section of the business cycle when output and employment bottom out and remain in waiting for the next phase of the cycle to begin.
Expansion/Recovery - In a recovery, the economy is growing once again and moving away from the bottoms experienced at the trough. Employment, production and income all undergo a period of growth and the overall economic climate is good.
Notice in the above diagram that the peak and trough are merely flat points on the business cycle at which there is no movement. They represent the maximum and minimum levels of economic strength. Recession and recovery are the areas of the business cycle that are more important to investors because they tell us the direction of the economy.
To further complicate matters, not all business cycles go through these four steps sequentially. For instance, during a double dip recession, the economy goes through a recession followed by a short recovery and another recession without ever peaking.
Recession Versus Expansion
Recession is loosely defined as two consecutive quarters of decline in GDP output. This definition can lead to situations where there are frequent switches between a recession and expansion and, as such, many different variations of this principle have been used in the hope of creating a universal method for calculation.
The National Bureau of Economic Research (NBER) is an organization that is seen as having the final word in determining whether the United States is in recession. It has a more extensive definition of recession, which deems the following four main factors as the most important for determining the state of the economy:
1. Employment
2. Personal income
3. Sales volume in manufacturing and retail sectors
4. Industrial production
By looking at these four indicators, economists at the NBER hope to gauge the overall health of the market and decide whether the economy is in recession or expansion.
The tricky part about trying to determine the state of the economy is that most indicators are either lagging or coincidental rather than leading. When an indicator is "lagging" it means that the indicator changes only after the fact. That is, a lagging indicator can confirm that an economy is in recession, but it doesn't help much in predicting what will happen in the future. (Learn more about this in Economic Indicators To Know.)
What Does this Mean for Investors?
Understanding the business cycle doesn't matter much unless it improves portfolio returns. What's an investor to do during recession? Unfortunately, there is no easy answer. It really depends on your situation and what type of investor you are. (For some ideas, see Recession-Proof Your Portfolio.)
First, remember that a bear market does not mean there are no ways to make money. Some investors take advantage of falling markets by short selling stocks. Essentially, an investor who sells short profits when a stock declines in value. Problem is, this technique has many unique pitfalls and should be used only by more experienced investors. (If you want to learn more, see the tutorial Short Selling.)
Another breed of investor uses recession much like a sale at the local department store. Referred to as value investing, this technique involves looking at a fallen stock not as a failure, but as a bargain waiting to be scooped up. Knowing that better times will eventually return in the economy, value investors use bear markets as buying sprees, picking up high-quality companies that are selling for cheap.
There is yet another type of investor who barely flinches during recession. A follower of the long-term, buy-and-hold strategy knows that short-term problems will barely be a blip on the chart when taking a 20-30 year horizon. This investor merely continues dollar-cost averaging in a bad market the same way as he or she would in a good one.
Of course, many of us don't have the luxury of a 20-year horizon. At the same time, many investors don't have the stomach for riskier techniques like short selling or the time to analyze stocks like a value investor does. The key is to understand your situation and then pick a style that works for you. For example, if you are close to retirement, the long-term approach definitely is not for you. Instead of being at the mercy of the stock market, diversify into other assets such as bonds, the money market, real estate, etc.
Conclusion
The financial media often takes on a "sky is falling" mentality when it comes to recession. But the bottom line is that recession is a normal part of the business cycle. We can't say what the best course is for you - that's a personal decision. However, understanding both the business cycle and your individual investment style is key to surviving a recession.
Source: http://www.investopedia.com
Labels: Macam-macam, Public Mutual, Unit trust info
Monday, August 4, 2008
12 prinsip kekayaan
Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
Di sini saya membongkar 12 prinsip kekayaan yang boleh anda ikut:
1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.
4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
8. Mereka benci berbelanja.
9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.
11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
kredit to nizam (my mailbox spammer)
Labels: Macam-macam, Motivation
Wednesday, May 14, 2008
Good Lesson
A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her shower, when the doorbell rings.
The wife quickly wraps herself in a towel and runs downstairs. When she opens the door, there stands Bob, the next-door neighbor.
Before she says a word, Bob says, "I'll give you $800 to drop that towel, "
After thinking for a moment, the woman drops her towel and stands naked in front of Bob After a few seconds, Bob hands her $800 and leaves.
The woman wraps back up in the towel and goes back upstairs.
When she gets to the bathroom, her husband asks, "Who was that?"
"It was Bob the next door neighbor," she replies.
"Great," the husband says, "did he say anything about the $800 he owes me?"
Moral of the story
If you share critical information pertaining to credit and risk with your shareholders in time,you may be in a position to prevent avoidable exposure.
Labels: Macam-macam, Motivation
Sunday, March 2, 2008
TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupanTan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaianSelepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalanTidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah pada akhir tahun 2004. Kompleks itu memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion
Labels: Macam-macam, Motivation