Wednesday, September 16, 2009

Picture Of The Day - 1Malaysia F1

Sunday, September 13, 2009

Salam Aidilfitri - Open House, Satay Time

Salam adilfitri pembaca setia Baein..

Bersempena aidilfitri ni aku teringin nak buat rumah terbuka memandangkan dah ada keluarga dan rumah sendiri. So antara menu favorite untuk open house aku tentulah Satay. Tahun nie aku nak buat satay sendiri. Kalau beli mahal dan tak tentu lagi sedap. Buat sendiri lagi jimat. Dulu penah buat satay sekali tapi lupa dah resepi. Selepas google2 aku jumpa resepi dan aku edit skit resepi tu mengikut pengalaman dan citarasa aku.

Bahan-Bahan:

Isi ayam
Serai
Halia
Lengkuas
Kunyit
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk lada putih
Serbuk kulit kayu manis
Ketumbar
Bawang merah
Garam
Gula merah

Cara-caranya:

Sukatan bahan tu hangpa belasah jer. Tapi agak2 la. Sekarang blender semua bahan tadi smp agak halus. Pastu gaul dengan isi ayam yg dah hgpa potong ikut saiz sukahati tu. Lepas cucuk dengan lidi, simpan dalam peti sejuk. Peram minima 6 jam. Pastu bakar sampai kekuningan. Jangan sampai hitam, tu kompom hangit dah tu. Macam gambar tu pun ok gak. Lastly hidang dgn kuah kacang, nasi himpit, bawang besar, dan timun. Jangan lupa plak air sirap.

 
-