Disiplinkan diri anda terhadap perkara yg anda rasakan boleh membawa kepada kejayaan dalam hidup anda. Definasi utk "Disiplin" adalah kebolehan anda utk melakukan anda apa yg telah anda rancangkan sama ada secara sukarela atau atas paksaan. Contohnya disiplinkan diri anda untuk membaca buku selama sejam sehari. Jadi sama ada secara sukarela atau terpaksa, anda mesti mencari masa selama sejam utk lakukan aktiviti ini setiap hari.
Memang senang utk mendisiplinkan diri anda terhadap sesuatu yg anda selesa melakukannya. Tetapi untuk berjaya, anda mesti memaksa diri utk keluar dari "comfort zone" & lakukan activity yg menjurus kepada kejayaan & matlamat anda. Contohnya, sekiranya anda seorang salesman, tugas anda adalah utk bertemu dengan customer. Jadi disiplinkan diri anda untuk membuat telephone call, appointment, practice on sales presentation, & sebagainya. Sekiranya goal anda adalah utk close 5 sales seminggu & hit rate adalah 50%, so anda perlulah membuat 15 phone call seminggu, 10 appointment dari phone call tersebut, & close 5 sales. Disiplinkan diri utk lakukan perkara yang sama ini setiap minggu & anda akan kagum dengan resultnya nanti.
Berikut adalah 7 langkah yg anda perlu lakukan utk berjaya:
1. Decide what you want - Fikirkan apa kemahuan anda
Ini adalah step terpenting kerana anda perlu tentukan hala tuju atau goal anda sebelum lakukan tindakan selanjutnya. Ianya mestilah very specific & jangan terlalu general. Contoh, anda mahu pendapatan RM10,000 sebulan
2. Write it down - tuliskan atas kertas
Tanpa anda tuliskan apa kemahuan atau goal anda atas kertas secara detail ianya adalah hanya satu impian kosong .
3. Set a dateline - tentukan tarikh utk mencapai kemahuan anda
Dateline ada "motivating force" utk anda merancang kemahuan anda. Sekiranya goal anda terlalu besar, pecahkan kepada sub dateline.
4. Make a list - tuliskan list activity anda
Tuliskan activity anda yg anda fikirkan perlu utk mencapai matlamat anda.
5. Organise your list - Susun aturkan list anda
Fikirkan apa yg perlu anda lakukan dahulu, kedua, ketiga, & seterusnya. Disiplinkan diri anda utk lakukan seperti yg telah anda tuliskan.
6. Take action - Ambil tindakan
Berpandukan list anda tadi, lakukan sesuatu & sibukkan diri anda utk mencapai matlamat tersebut.
7. Do something everyday - Lakukan sesuatu setiap hari
Setiap individu mempunyai 365 hari setahun, 24 jam sehari. Setiap hari jangan biarkan ianya berlalu tanpa aktiviti yg berfaedah.
Sekiranya anda dapat mendisplinkan diri anda utk lakukan sesuatu yg berfaedah demi mencapai matlamat, anda sendiri akan kagum dengan kejayaan yg anda akan kecapi nanti.
Selamat mencuba...
Wednesday, September 26, 2007
7 Langkah Utk Berjaya
Labels: Motivation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment